E-Sport Mobile Legend Bang Bang
20 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2024, NADI telah mengadakan program E-sukan Mobile Legend Bang Bang bersama peserta dari komuniti setempat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai matlamat “1 million membership” yang telah berlangsung sejak bulan Ogos lalu. Selain itu, e-sukan ini juga bertujuan untuk membina ruang kepada komuniti yang suka permainan secara langsung untuk bersikap berdaya saing ke arah lebih baik dan positif. Permainan ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran motor peserta ketika bersaing oleh pihak lawan. Sehubungan dengan itu, wujudnya kerjasama antara pasukan untuk meraih kemenangan dan ia membantu sikap yang positif kepada diri peserta.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: